Apakah itu Tao? (�� �� ��  éº�?)

 

Tao adalah KEBENARAN ataupun ATURAN (prinsip), oleh itu Tao boleh juga dikatakan sebagai kebenaran alam semesta (å®��). Tao tidak mempunyai rupabentuk, tidak dapat diperlihatkan, tiada bunyi, tiada bau dan tidak dapat digambarkan. Tetapi jikalau tidak ada Tao di alam semesta, maka semuanya tidak akan berkelanjutan (延ç�). Tao terdapat di mana-mana saja, baik di langit, di bumi, di benda-benda, di dalam hal-hal ataupun di dalam manusia. Di dalam manusia Tao ini dikatakan HATI NURANI (�¯å�). Bila ada seseorang itu telah melakukan hal-hal yang bertentangan degan hati nurani dan kebenaran dari Tuhan, maka dikatakan perbuatannya telah membelakangi kehendak Tuhan ataupun Tao.

 Sejak kewujudan (å­睃銁) alam semesta ini ,Tao tidak pernah berubah, walupun alam semesta, manusia dan semua hal perkara selalu berubah.Tao adalah kebenaran yang kekal selama-lamanya. Pada zaman dahulu, bila seseorang telah menerima Tao, maka ia menjadi orang suci ataupun Buddha (ä½�) ataupun malaikat dewa-dewi . Sekarang , bila seseorang menerima Tao adalah sama seperti Tao yang diterima oleh orang-orang suci zaman dahulu. Oleh kerana itu �Àçarang siapa tahu jalan yang sebenar dapat kembali keasalnya, menjadi malaikat, dan  Buddha. Yang tersesat dari jalan ini akan terjerumus ke lingkaran derita  atau merima balasan di alam neraka. (Tao juga bermaksud �䯀alan��)

Tao adalah jalan balik ke syurga. Sekarang singkat, Untuk kembali ke syurga, iaitu rumah sebenar roh mulia (����) kita, kita mesti mengikut JALAN KETUHANAN iaitu Jalan Tao dan tidak ada jalan yang lain.

 

ASAL USUL TAO (�� ����)

 

Pada zaman dulu untuk mendapatkan Tao, seseorang itu mesti meninggalkan keluarga, pekerjaan, harta dan segalanya. Kemudian dia mesti menempuhi jalan yang sukar dan jauh untuk mencari seorang guru penerang (�滚¸«) yang boleh menyebarkan Tao kepadanya. Masa itu Tao masihlah rahsia yang hanya disebarkan daripada seorang guru kepada seorang murid sahaja untuk turun temurun (�®ç崕 �� ��).

Dizaman sekarang oleh kerana manusia tidak mengamalkan hati yang baik, mempunyai moral yang rosak, hidup sering harus bersaingan dan banyak lagi perkara yang tidak berpatutan dengan Tao, maka Tuhan sangat murka. Tuhan mahu membinasakan dunia ini yang sudah sesat dan tiada kebenaran lagi. Jadi, Tuhan menurunkan malapetaka dan bencana untuk memusnahkan manusia dan dunia ini. Tetapi tidak semua manusia yang telah sesat, masih ada lagi yang mengikuti jalan kehendak Tuhan (hati nurani). Oleh kerana Tuhan adalah Yang Maha Pengasih (���), maka Tuhan telah menghantar dewa-dewi atau wali-wali (天使) untuk menyebarkan Tao kepada umat manusia (人é�).

 Untuk bertembung dengan Tao pada zaman ini adalah tidak mudah sekali. Kita mestilah pernah mempunyai jodoh sebelum kelahiran ini. Dan dengan bimbingan pembawa dan penjamin serta kesempatan yang baik, Guru penerang akan memberi satu titik petunjuk Tao kepada kita. Selepas menerima penunjuk ini kita boleh mengelakkan diri dari dilahir semula ke dunia sengsara  (�¦æµ·ä¸𣇉�) ini serta dapat mengerti makna sejati dari kehidupan manusia (人ç��蠘«¦). Kita juga akan terhindar dari malapetaka dan bencana. Dan dengan ini, hidup kita di dunia ini tidak akan sia-sa.

BEZANYA TAO DENGAN AGAMA (�栞��嗵���ê̌)

 

Tao adalah bagaikan pokok dari hati nurani kita, hati nurani adalah akar yang diberikan oleh Tuhan kepada kita. Ia juga sumber utama jiwa kita. Mendapatkan Tao adalah untuk memberitahu kita asal usul rohani kita dan juga dimana roh kita harus pulang setelah meninggalkan dunia ini. Ini adalah satu rahsia dari Tuhan sejak dahulu kala.

Dari zaman ke zaman , para-para Suci, Nabi, Buddha dan Wali meskipun telah menerima Tao, tak sekali pun berani membocorkan sebarangan rahsia yang dicatat di dalam kitab-kitab suci (ç¶枏�)  Jikalau Tuhan tidak Maha Pengasih menghantar Guru Penerang untuk menyebarkan Tao, maka tidaklah begitu mudah untuk bertembung dengan Tao.Oleh kerana itu, mendapatkan Tao juga bererti menunjukkan (menjumpa semula) hati nurani kita, iaitu sumber kehidupan dan kematian. Setelah menerma Tao kita boleh melepaskan diri dari lingkaran hidup dan mati dan menjadi roh yang suci. Inilah perbezaan besar Tao dengan agama.

Agama mengajar manusia mengubah hati yang jahat kepada yang baik, menukar sifat dan perbuatan yang yang buruk kepada yang elok. Pengajaran ini semua adalah sebagai satu persiapan kelak untuk menerima Tao. Tetapi agama tidak menyebarkan ��ilmu sejati hati nurani��(���§ç�è«�) , maka pemeluk agama (å®埈�ä¿¡å�) hanya membuat perbuatan-perbuatan yang baik untuk menerima jasa-jasa bakti (�笔¾·) sahaja.. Tetapi mereka masih tidak mampu meningkatkan diri mereka ke tahap yang dapat melepaskan diri dari lingkaran kelahiran dan kematian. Walaupun begitu, umat (ä¿¡å�) dari agama apapun sekali juga masih berpeluang menerima Tao yang mulia di zaman penyebaran Tao sekarang.

Tao adalah bagaikan samudra (å¤� æµ�) yang sangat luas dan dalam, yang boleh menampung segala benda dan kehidupan di dunia ini. Kini waktu sudah dipenghujung zaman (�� �� ä¸� ä»�) , TAO  sedang disebarkan di seluruh dunia ini. Para umat berbagai ugama dan bangsa, mahupun yang kaya atau miskin, lelaki dan wanita, semua boleh datang menerima TAO. TAO adalah satu cara sahaja untuk menyelamatkan diri sendiri dari kelahiran semula ke dunia yang sengsara ini. Semoga para umat yang berjodoh dapat menegakkan cita-cita yang terulung (�� çµ� �®æ�), iaitu mencari JALAN YANG BENAR (TAO).

 

TUJUAN TAO (�� �� �� ��)

 

1.      TAO ADALAH ILMU YANG DITURUNKAN SECARA BATIN.

 Tao diturunkan menurut ajaran batin dari para guru generasi sebelumnya, ada asal usul dan sumbernya, bukanlah ajaran yang bukan-bukan dan juga suku agama sesat. TAO adalah batin (æ³�) yang langsung diberi Tuhan kepada kita supaya mampu mengakhiri lingkaran hidup dan mati.

 

2.      MENYEDARKAN MANUSIA.

Setiap orang mempunyai hati nurani. Tiap-tiap orang yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai roh yang diberi Tuhan. Roh mempunyai sifat suci yang penuh dengan kasih sayang. Roh juga boleh dikatakan sebagai hati rohani. Dan bila waktu demi waktu dan zaman berlalu, manusia terlupa akan diri sebenarnya (hati nurani). Manusia akan tergoda dengan kekayaan, kebendaan, kuasa, percintaan dan lain-lain lagi. Ini akan membuat manusia terlupa akan sifat hati rohani kita. Kita membuat perkara-perkara yang tidak sesuai dengan kehendak Tuhan, iaitu perkara yang melanggar hukum dan tidak bermoral, yang akan menyebabkan masyarakat kucar-kacir. Tujuan TAO ialah untuk menunjukkan wujudnya hati nurani dan mengembalikan sifat yang suci ini kepada setiap orang supaya semua orang boleh balik ke syurga..

 

3.      Memulihkan sifat hati yang baik dan kebajikan untuk mencapai kebaikkan yang tertinggi.

Sifat kebaikkan hati bermaksud tidak perlu berfikir perbezaan diantara salah dan betul, yang baik dan yang buruk, hanya cuma ingin membuat kebaikkan sahaja. Kebajikan bermaksud membuat kebaikkan dengan tidak payah belajar cara-cara tahap kebaikkan. Sifat KEBAIKAN HATI dan KEBAJIKAN ini diberikan oleh Tuhan kepada kita. Tetapi oleh kerana kita sekarang hidup didunia yang penuh dengan godaan dan kenikmatan(å¼閗��䔶º«��), kita akan terlupa sifat-sifat suci kita bila mengejar kenikmatan godaan dunia. Apa yang kita fikikan dan perbuat adalah semuanya untuk kepentingan sendiri sahaja. Tujuan TAO adalah untuk supaya setiap orang menemui kembali sifat kebaikan hati dan kebajikan yang memang sudah dimiliki dahulu lagi. Dan bila semua manusia sudah memilki kembali sifat-sifat ini, maka manusia boleh membina dunia yang aman dan sempurna

 

4.      MENTAATI ATURAN DAN TATA-TERTIB

Tata-tertib yang baik adalah bersopan-santun (�), satria (�), kejujuran (�) dan kemaluan (��). 3 peraturan klasik yang mesti diikuti adalah (I) sifat kesopanan pemimpin dan kesetiaan pengikut (II) sifat kasih sayang ibubapa dan taat anak-anak dan (III) sifat keharmonian suami-isteri.

Semua aturan dan kaedah-kaedah ini adalah pendidikan moral(�枏¾·�躰�) zaman dahulu. Pada zaman itu, pendidikan moral memiliki aturan dan kaedah sebagai dasarnya, maka hati manusia adalah lurus dan baik. Kehidupan mereka adalah sederhana, tenteram dan sentosa. Tetapi sekarang, di zaman teknologi yang maju pesat, manusia hanya memikirkan mencari kekayaan dan berpoya-poya sahaja, langsung telah melupakan akan kaedah-kaedah pendidikan

 

 

moral dan tata-tertib  tingkah-laku. Oleh kerana itu pendidikan dari TAO adalah bertujuan untuk manusia mengikut aturan dan belajar balik kesemua sifat-sifat tata-tertib itu supaya hati nurani kembali kerupa asalnya.

 

5.      Memahami Maksud Sebenar Ajaran-Ajaran Nabi-nabi Lima Agama

Nabi-nabi lima agama besar iaitu Confucian, Taoisma, Buddha, Islam dan Kristian pernah mendapat Jalan Kebenaran dari alam semesta ini iaitu TAO. Kebenaran ini disalurkan secara sulit kedalam kitab-kitab suci masing-masing. Untuk menjelasksan maksud sebenar kandungan kitab-kitab suci ini adalah tidak mungkin dan lengkap jikalau tidak menerima TAO. Kini TAO sedang disebarkan didunia ini, barulah kita dapat memahami maksud sebenar kandungan ajaran-ajaran para-para Nabi. Dan kita jadikaan ajaran-ajaran ini sebagai pegangan hidup(�笔𦶢�¯æ�) dalam pembinaan TAO.

 

6.      BERUSAHA MEWUJUDKAN DUNIA YANG SAMA RATA DAN ADIL

Sehingga kini, manusia belum lagi dapat hidup didalam dunia yang benar-benar aman sentosa. Oleh kerana hubungan antara negara dan antara manusia adalah tidak sama rata dan tidak berpijak kepada keadilan, maka yang kuat menyingkir yang lemah, negara besar mendiktasi negara kecil. Kesemua ini menyebabkan peperangan dan malapetaka berlaku di mana-mana sahaja. Tujuan TAO ialah supaya setiap manusia kembali ke rupa asalnya dan supaya hubungan antara negara berpijak kepada adil saksama dan menjadikan dunia ini aman dan sentosa.

 

TAO tidak mempunyai latar belakang apa jua pun. Tidak mempunyai lain maksud, tidak memiliki organisasi, tidak mengembangkan fikiran yang buruk dan tidak bercanggah dengan peraturan-peraturan dan hukum masyarakat serta negara. TAO mengajar manusia bersifat lurus, jujur, saksama, saling menghormati, setia, bersopan-santun, berbakti, dan mesra. TAO memulihkan roh sejati kepada rupa sebenar, menegakkan kebenaran, menyempurnakan sendiri. Kesemua ini adalah untuk mencipta ketenteraman dunia yang sama rata.

 

MANFAAT (FAEDAH) MENERIMA TAO

 

DAPAT MENGAKHIRI LINGKARAN HIDUP DAN MATI

Mengakhiri lingkaran hidup dan mati bermaksud keluar dari lingkaran kelahiran semula, dan menetap terus menetap di syurga untuk selama-lamanya.

Kenapa kita mesti mengakhiri lingkaran hidup dan mati ini? Dunia yang kita tinggal inn adalah seperti neraka, yang penuh kederitaan, yang juga disebut sebagai lautan derita. Baik raja-raja ataupun rakyat biasa, semuanya pasti akan mengalami penderitaan semasa kelahiran, semasa kesakitan, semasa tua dan akir sekali semasa menemui maut (kematian). Setiap rumah tangga mempunyai penderitaan mereka. Untuk menghindarkan dari penderitaan ini adalah dengan melepaskan diri dari lingkaran hidup dan mati manusia. Untuk itu, kita haruslah mendapatkan TAO yang maha Agung dengan petunjuk dari guru yang beramar(天å𦶢�𤾸¸«) Setelah menerima TAO kita mesti membina diri tahap demi tahap, menjalankan kerja-kerja TAO untuk mencapai kesempurnaan. Mencapai kesempurnaan bermaksud kembali ke syurga, ke alam bahagia abadi(極æ�ä¸𣇉�) dan tidak akan jatuh lagi kegenggaman raja neraka, YEMEN.

 

DAPAT MENGUBAH YANG BURUK MENJADI BAIK DAN MEMBIMBING YANG SESAT BALIK KE JALAN YANG LURUS

Melakukan kejahatan dan hal-hal yang buruk adalah kerana mementingkan kepentingan sendiri dan berfikiran sesat. Kita akan dihukum oleh undang-undang negara dan manusia semasa hidup di dunia ini dan juga akan diadili di neraka selepas kita mati. Setelah mendapatkan TAO, kita telah menjumpai balik hati rohani kita. Fikirian kita akan menjadi jelas dan dapat membezakan yang baik dan yang salah. Apa yang dilakukan adalah mengikut hati nurani, sesuai dengan aturan TAO. Maka, hanya bila kita sudah menerima TAO, barulah kita dapat betul-betul mengikut jalan yang betul dan tidak akan menjadi sesat lagi.

 

 

 

 

 

 

 

DAPAT MENGHINDARI DARI MALAPETAKA DAN MEMBAYAR HUTANG KARMA

Mengikut hukum Karma �ëÉerbuat baik akan menerima balasan baik dan berbuat jahat akan menerima balasan jahat��. Malapetaka dan hutang-hutang adalah pembalasan yang tidak baik. Apa sebabnya ada malapetaka dan hutang karma? Oleh kerana manusia melakukan perbuatan yang becanggah dengan kehendak hati nurani, maka lama-kelamaan pembalasan itu akan teerkumpul, dan menjadi satu malapetaka besar yang tidak pernah dirasai.

 

Secara perseorangan dia hanya akan terima pembalasan hutang karmanya tetapi bila secara masyarakat, mereka akan ditimpa oleh pelbagai jenis malapetaka.

 

Malapetaka dan hutang karma terjadi dari perbuatan yang bercanggah dari kehendak hati nurani, berti manusia telah kehilangan TAO. Oleh kerana itu, untuk menghindarkan dari malapetaka dan membayar hutang karma, kita harus mendapatkan TAO, mnemui semula hati nurani yang telah hilang.Selepas itu barulah kita dapat menjaga setiap langkah dan perbuatan supaya ia mengikut aturan hati nurani. Kita mesti beramal TAO, berbakti dan membuat jasa-jasa serta berbudi pekerti untuk membayar hutang -hutang karma dari kelahiran-kelahiran yang lalu. Bila ramai orang mula membuat perkara-perkara mengikut TAO, maka hutang-hutang karmanya akn terbayar. Secara langsung masyarakat pun akan lebih baik dan malapetaka tidak akan berlaku.

 

DAPAT MENGUBAH NASIB

Menurut kata-kata Buddha, �穅ikalau kita hendak mengetahui apa yang diperbuat di masa kelahiran yang lalu, kita bolehlah tahu dengan melihat kehidupan kita sekarang��. Dari kata-kata ini, kita dapat tahu nasib bergantung kepada perbuatan kita di masa kelahiran kita yang lalu. Nasib bukanlah aturan Tuhan. Ada manusia yang dilahirkan kaya dan mulia dan ada manusia yang dilahirkan miskin seumur hidup. Ada manusia dilahirkan sempurna dan ada manusia yang dilahirkan cacat anggota. Mengapa semua ini berlaku? Ini semua adalah kerana perbuatan di masa kelahiran yang lalu. Bila kita sudah tahu kebenaran ini, kita patut beramal dan berbakti, membina budi pekerti, menjalankan kerja-kerja suci Tuhan dan menyebarkan ajaran Tuhan tanpa prasangka. Lambat laun hutang-hutang karma kita akan habis dibayar dengan bakti-bakti kerja amal kita. Dan bila kita maju membina diri dan bergiat dengan kerja-kerja suci, maka nasib kita akan berubah menjadi lebih baik.

 

CARA MEMBINA DIRI SETELAH MENERIMA TAO

 

Pada zaman dahulu untuk membina diri, kita harus meninggalkan rumahtangga {menjadi pertapa(ä¿®è���)}.Oleh kerana sekarang adalah di penghujung zaman, TAO yang Agung telah diturunkan untuk menyelamatkan  bukan sahaja manusia, termasuk juga mahluk-mahluk dari 3 alam, iaitu alam (I) dewa-dewi,  (ii) manusia dan juga (iii)  neraka.

Tuhan telah memerintahkan dewa-dewi suci sebagai guru penerang dan turun ke dunia ini untuk menyebarkan ajaran hati rohani yang sejati. Para Budha dan roh-roh suci yang lain juga turun ke seluruh pelusuk dunia untuk menyebarkan berita Tuhan. Guru penerang serta para Buddha dan roh-roh suci yang lain mengajar kita cara sejati kerohanian dengan memberi tunjuk jalan singkat untuk membina diri. Cara jalan ini tidak memerlukan kita meninggalkan kekeluargaan serta kehidupan biasa di dunia ini. Kita boleh mebina diri berssama-sama keluarga kita. Sebagai ibubapa, kita boleh meluahkan kasih sayang menjaga anak-anak kita dan sebagai anak, kita juga berpeluang taat dan berbakti kepada ibubapa. Suami- isteri tidak akan kehilangan hubungan keharmonian, saudara-mara tidak akan putus talian perhubungan dan lain-lain lagi. Kita boleh membina diri didalam pekerjaan masing-masing. Ini disebut sebagai berkarya sambil membina diri. Kesemua ini adalah begitu mudah dan sederhana.

 

Tuhan adalah Maha Pengasih dan Penyayang , maka dikurniakan TAO yang Agung sebagai pengampunannya yang luar biasa supaya sesiapa pun dapat membina diri dan menyelamatkan diri dari lingkaran kematian dan kehidupan. Jadi,kita mestilah bersyukur kerana mempunyai kesempatan ini untuk membina diri serta mesti menegakkan cita-cita yang tinggi supaya tidak menghampakan kurniaan Tuhan.

 

 

 

 

 

 

Cara Membina Diri Adalah Dengan:

 

1.      Menegakkan dan menyempurnakan hati nurani sendiri dahulu dan kemudian pada diri orang lain. Setelah diri sendiri sudah dapat berdiri tegak dan mencapai taraf yang tinggi, kita harus menyebarluaskan kebenaran TAO. Apa-apa manfaat yang telah kita terima, kita sebarkan kepada ahli-ahli keluarga dan juga saudara-mara serta kawan-kawan, supaya mereka pun dapat menjadi orang yang baru, mencapai budi peketi yang teragung dan akhirnya dapat sama-sama kembali ke alam bahagia yang abadi.

 

2.      Membuang sifat-sifat buruk diri sendiri yang tidak sesuai dangan Aturan TAO. Mengubah diri menjadi baik dan membina budi pekerti disebut sebagai  pembinaan dari dalam hati(�§å�ä¿®è�). Menyebarkan ajaran Tuhan dan mengajak orang datang memohon TAO, dan memberi nasihat TAO kepada orang lain adalah pembinaan dari luar(å¤硋�ä¿®è�).

 

Oleh kerana sekarang adalah zaman penyebaran TAO meluas (大é��®æ¸¡���), ramai lagi orang yang masih belum menerima TAO, maka kerja-kerja pembinaan dari luar adalah sangat penting. Walupun begitu, jikalau kelakuan dan tabiat diri sendiri masih tidak berubah, kita tidak akan dapat mengajak sesiapa pun pergi memohon TAO. Dengan sebab ini pembinaan dalaman adalah juga sangat penting.

Secara singkat pembinan luar dan dalaman harus dilakukan bersama-sama dan jika dilakukan dengan ikhlas,teguh dan gigih, pasti akan menemui kejayaan.