Tiga Harta Sakti (ä¸� å¯�)  

é»��见¹³

�滩�

 

Selamat petang tuan-tuan dan puan-puan.  Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kamu semua kerana telah menerima Tao tadi.

 

Sebelum saya memulakan ceramah , saya ingin mengambil kesempatan untuk bersyukur dan terima-kasih kepada Tuhan yang Maha Esa, kepada jasa-jasa mulia kedua-dua guru , �� �� 人ï� �滢ºº  dan kepada tunjuk-ajar daripada é»𧼮�å¸�, è¬𥕦¸« serta kepada semua yang datang menjayakan upacara penyampaian Tao ini.

 

Adakah saudara-saudari (tuan-tuan dan puan-puan) sudah faham apa yang telah berlaku semasa upacara tadi?. Biar saya buat penjelasan.

ä»讠´¹�³é�師輿天å𦶢�滚¸«

 Sebelum upacara Penyampaian Tao, kita dikehendaki menyembahkan teh dan buah-buahan untuk menunjukkan keihklasan hati kita. Oleh kerana kamu semua masih baru lagi di ä½𥕦� (maksudnya dewan sembahyang TAO) dan tidak faham adat sembahyang disini, kita menjemput orang-orang lama ä½𥕦�  untuk menjalankan penyembahan ini.

Selepas itu kita akan menjemput seorang é»𧼮�å¸� (wakil untuk Guru) untuk menjalankan upacara menjemput rohani Tuhan dan dewa-dewi suci ke ä½𥕦�. Seorang é»𧼮�å¸� adalah seorang yang telah lama mengamalkan TAO dan mempunyai hati yang murni dan berilmu tinggi. Dia dipilih untuk mewakili Guru Suci untuk menyampaikan TAO yang mulia kepada kita.( Siapakah Guru-guru kita? Guru-guru kita adalah Dewa Buddha Ji Kong ataupun æ¿笔�æ´»ä� dan dewi Bodhisatva Yueh Hui ataupun ����� ��). Hari ini kita amat bertuah kerana dapat menjemput ______  é»𧼮�å¸� ke sini untuk melaksanakan  upacara ini.  

é¾滚¤©è¡¨è§£èª�

Semasa upacara menjemput rohani Tuhan dan dewa-dewi suci, pembacaan kandungan Senarai Naga Syurga ataupun é¾滚¤©è¡� adalah amat penting sekali, kerana kita tidak akan dapat balik ke syurga nanti jikalau nama kita tidak tercatit di atas é¾滚¤©è¡�. Biar saya huraikan kandungan senarai itu.

 

Senarai itu menyatakan nama-nama kamu semua yang datang ke sini untuk mendapatkan TAO daripada Guru yang Beramar pada zaman ini. Ini adalah supaya kamu dapat dibawa pulang ke syurga selepas tamat riwayat hidup kita didunia ini. Jumlah wang yang disedekah atau zakat yang diderma untuk membuat jasa juga mesti dinyatakan dengan betul. Jikalau tidak, penerima wang terpaksa menanggung dosa atas kesalahan yang dibuat.

�笔¾·è²»ä»¥�羓�é£��è¦�

Mendermakan wang pahala adalah satu syarat yang ditetapkan oleh dewa-dewi suci, sebelum boleh memohon TAO. Wang pahala ini, kita hanya derma sekali sahaja. Lain kali jikalau kamu hendak menderma lagi, adalah mengikut hati sahaja. Lagi satu syarat sebelum kamu boleh menerima TAO, adalah berpuasa memakan makanan sayur-sayuran sahaja (Vegetarian Diet) untuk sehari. Oleh kerana Tuhan dan para dewa-dewi maha pengasih dan tidak membunuh kehidupan, kita mesti menunjukkan keikhlasan hati kita dengan tidak memakan daging pada hari yang mulia ini. Jikalau kita terlupa, kita boleh ganti balik pada keesokkan hari ataupun dimana-mana hari yang senang.

å¼蓥�師解èª�

Nama-nama pembawa dan penjamin kamu semua juga mesti dinyatakan  Semasa upacara tadi, pembawa dan penjamin mesti mengambil sumpah dahulu sebelum kamu boleh menerima TAO.  Sumpah yang dibuat adalah untuk menyatakan kamu semua adalah orang yang berhati baik dan berkelakuan sempurna.  Guru yang disembah dan TAO yang diterima adalah juga yang benar.. Kita mesti berterima-kasih dan sentiasa mengingati jasa-jasa pembawa dan penjamin kita. 

 

Selain dari itu, nama tempat dan tarikh  kita menerima TAO juga mesti dinyatakan (Ini adalah sangat penting ). Tempat kita menerima TAO hari ini adalah   œ   ä½𥕦� . Kita mesti cuba selalu mengingati tarikh kita menerima TAO kerana tarikh ini adalah seperti tarikh harijadi kita ataupun tarikh kita dilahirkan semula sebagai insan baru. Jikalau kita ada membuat banyak jasa-jasa besar kemudian hari, kita akan selalu diperingati orang ramai pada tarikh yang mulia ini selepas kita meninggal dunia.

 

Selepas pembawa dan penjamin sudah mengangkat sumpah, kamu pula dibawa ke hadapan untuk upacara penyampaian TAO. Sebelum upacara dimulakan, é»𧼮�å¸� akan mengucapkan kata-kata galakan dan tahniah kepada kamu semua kerana mempunyai jodoh serta bertuah untuk datang ke sini.

 

Kamu semua tahu tak yang kamu semua sangat bertuah sekali kerana, selain dari menerima TAO yang mulia, kamu juga dikurniakan 3 Harta Tao atau 3 Mustika Tao yang paling berharga sekali. Apakah 3 Harta yang diterima itu? Adakah kamu semua sudah terima 3 Harta itu? Masih ingat lagi tak?

 

Harta Sakti Pertama ---�� �� �

Didalam upacara sembahyang tadi, é»𧼮�å¸� telah menunjukkan jarinya ke atas muka kita. Saudara-saudari masih ingat lagi di mana é»𧼮�å¸� telah tunjuk tadi? é»𧼮�å¸�  telah meletakkan jarinya di tempat tengah diantara kedua-dua mata kita. Tempat ini adalah Pintu Utama/Pintu Roh kita. Pintu ini adalah pintu yang sebenar untuk roh kita masuk keluar dari badan ini.

 

Pintu ini telah dikunci selepas roh kita masuk ke dalam badan ini Guru Suci Yang Beramar iaitu æ¿笔�æ´»ä� telah meminjam tangan é»𧼮�å¸�  untuk membuka kunci pintu ini supaya roh kita bole keluar selepas kita meninggal dunia.

 

Orang suci zaman dahulu seperti Confucius pernah berkata �㜭iapa yang ingin masuk dan keluar dari rumah tidak mengikut pintu utama��. Apa yang dikatakan Confucius bukan bermaksud kita tidak tahu masuk atau keluar dari rumah dengan menggunakan pintu tetapi sebenarnya roh manusia, bila masuk ke badan atau keluar dari badan mestilah mengikut pintu utama. Pintu utama ini adalah disini (Pintu Roh).

 

Roh manusia adalah tuan rumah kita. Jikalau roh kita keluar dari badan ini, badan ini tidak akan berfungsi, menjadi mayat (orang mati) sahaja. Contohnya, sebuah kereta jika tidak ada pemandu, langsung tidak ada kegunaannya. Tetapi sebaliknya, jika ada pemandu yang membawa kereta, maka ia boleh memudahkan dan menyingkatkan masa perjalanan kita dari satu tempat ke tempat yang lain. Lagi satu contoh ialah lampu cahaya di rumah kita. Bila kita buka suis lampu, arus elektrik akan mengalir ke dalam lampu dan lampu itu akan bercahaya. Ini adalah seumpama roh yang masuk ke dalam badan dan menjadikan badan itu sebagai manusia yang hidup.

 

Kesimpulannya, roh adalah rupa sebenar kita. Tubuh badan ini adalah dipinjam untuk sementara waktu sahaja. Bila badan ini sudah rosak atau tiada kegunaanya (mati), kita mesti tinggalkan badan ini dan pergi ke tempat yang lain. Dimanakah roh ini hendak pergi? Saudara-saudari tahu tak?

 

Menurut ajaran Gautama Buddha, bila seseorang itu meninggal dunia (mati) dan rohnya tidak keluar mengikut pintu utama, dia akan keluar melalui pintu-pintu yang lain seperti kepala, mata, telinga, hidung, mulut dan pusat perut. Dia akan dilahir semula sebagai manusia ataupun binatang ataupun serangga mengikut putaran karmanya . Ini akan berterusan sehingga dia dapat bertemu dengan Guru yang Beramar dan memohon TAO daripadanya. Dengan cara ini, dia boleh menyelamatkan dirinya dari lingkaran karma dari dilahirkan semula ke dunia yang sengsara ini.

 

Nabi orang-orang Kritian iaitu Isa (Jesus) pernah memberitahu pengikut-pengikutnya, �𦒄arilah kebenaran di palang (cross). Semua yang lain adalah palsu. Tubuh badan ini tidak boleh hidup selama-lamanya, ia akan menjadi rosak. Roh kita tidak ada rupabentuk tetapi kekal selama-lamanya. Ia keluar masuk dari palang kita. Setiap orang yang ingin balik ke syurga mesti membawa palang sendiri. Pintu syurga ini adalah sangat sempit.

 

Maksud palang adalah titk tengah-tengah palang di muka kita dan pintu syurga yang sangat sempit bermaksud pintu roh kita yang memanglah kecil dan sempit. Pada masa itu pengikut-pengikutnya tidak faham maksud sebenar kata-kata Isa. Mereka ingat dengan memakai palang diatas leher, mereka boleh balik ke syurga dan tidak payah menerima karma mereka. Betul tak?

 

Tetapi oleh kerana kita sudah menerima TAO dan Tiga Harta, barulah kita dapat memahami apa yang dimaksudkan orang-orang suci zaman dahulu. Adakalanya bila kita sedang berfikir atau merasa kesakitan, semua perhatian kita bertumpu di tempat pintu roh ini. Ini menunjukkan roh, adalah yang sebenarnya yang mengawal segala fikiran dan pergerakkan dan semua perasaan .

 

Marilah kita cuba mengingati tempat pintu roh ini sekali lagi supaya kita tidak lupa nanti.

 

Harta Sakti Kedua/ --- �� �

Saudara-saudari, semasa upacara tadi, é»𧼮�å¸� telah menyuruh kamu mengikutnya mengucapkan lima perkataan sakti. Masih ingat lagi tak?

 

Kata-kata ini adalah kata-kata Sakti ataupun Mantra yang dikurniakan Tuhan kepada kita untuk berhubung dengannya semasa waktu kecemasan ataupun tidak ketenteraman hati.

 

Bila kita mengucapkan kata-kata ini, Tuhan akan tahu isyarat kecemasan ini dan akan menghantar dewa-dewi untuk membantu kita. Tetapi kita mesti ingat kita hanya menggunakan mantra ini bila nyawa kita atau nyawa keluarga atau kawan-kawan kita didalam bahaya (hanya bila kita tidak berdaya untuk membuat apa-apa lagi). Jangan sekali menggunakannya dengan sesuka hati sahaja.

 

Ada satu pepatah cina yang berkata �𦖿ita terpaksa berjalan beribu-ribu batu untuk mencari Guru Penerang, dan kita mesti berjalan berpuluh-puluh ribu batu lagi untuk mendapatkan mantra yang sebenar��.Sutra yang sebenar tidak tercatit diatas kertas. Jadi kita mesti ingat tidak menulis sebutannya di atas mana-mana kertas pun. Kita mesti ingat yang kita telah mengangkat sumpah tidak akan pecah amanah memberitahu orang lain mengenai rahsia tiga harta ini. Rahsia Tiga Harta hanya boleh diberitahu semasa tiga lampu suci telah dinayalakan didalam ä½𥕦� sahaja.

 

Cara menggunakanya adalah dengan memegang Simbol Suci diatas dada sambil menutupkan mata (hanya tutup 80% manakala 20% buka) dan menumpukan perhatian ke Pintu Roh. Seterus itu kita mengucapkan kata-kata suci didalam bisikan sekurang-kurangnya tiga kali.

 

Harta Sakti Ketiga --- ���

Saya ingin bertanya, pernahkah saudara-saudari keluar negeri? Kalau pernah, apakah barang yang paling penting mesti dibawa bersama kita? Adakah wang atau pakaian ataupun makanan?

 

Sebenarnya barang yang paling penting ialah paspot kita. Kalau tiada paspot, kita tidak boleh ke luar negeri dan tidak boleh masuk balik ke dalam Malaysia. Paspot ini adalah untuk membuktikan kita adalah rakyat negeri ini. Sama juga dengan kita yang sudah menerima TAO dari guru. Kita mesti mempunyai satu simbol yang membuktikan kita sudah menerima TAO. Buktinya adalah Petanda Simbolik  ataupun Tandatangan Simbolik yang kita pegang semasa upacara tadi. Masih ingat bagaimana hendak memegang cara ini tak ?

 

Tandatangan simbolik ini adalah sebagai satu perjanjian (kontrak) kita dengan Tuhan untuk pulang ke syurga bila tamat riwayat kita.

 

Pegangan Simbolik ini adalah juga dipanggil Simbol Anak Suci kerana cara kedua-dua tangan ini  dipegang bermaksud Simbol Anak di dalam bahasa cina.

 

Pada masa Isa (Jesus) menyebarkan ajarannya, ada seorang murid pernah bertanya kepada Isa �Íçiapakah yang terbesar di dalam syurga?�� Isa pun menyuruh seorang budak kecil berdiri ditengah-tengah mereka dan berkata �Íçekarang saya memberitahu kamu semua, jikalau kamu tidak menjadi balik anak yang murni, kamu tidak akan dapat balik ke syurga. Jadi sesiapa yang berperangai anak yang murni, dialah yang terbesar di syurga�𨥖emudian Isa mendukung budak itu dan berkata lagi�𨭆esiapa yang menerima anak seperti ini atas nama Aku, menerima Aku. Tetapi mereka yang hanya menerima aku, sebenarnya tidak merima aku dan juga pada Dia yang menghantar Aku��.

 

Jadi apa yang dimaksudkan Isa? Adakah kita mesti berperangai seperti budak-budak kecil, baru dapat pulang ke syurga? Kita sekarang sudah tidak dapat berperangai seperti budak yang murni lagi kerana telah membuat dosa-dosa di dunia ini. Untuk dapat balik ke syurga, kita mesti tahu Tandatangan simbolik ataupun Simbol Anak Suci. Inilah juga Anak Suci yang  dimaksudkan oleh Isa.

 

 

 

ä¸匧¯¶å¥½è�輿æ���

Sekarang kamu semua sudahpun menerima TAO dan rahsia Tiga Harta. Jadi apakah yang faedah yang boleh kita dapati?

 

(1)    Menyelamatkan diri dari sengsara kelahiran semula dan menerima karma.

Buktinya ialah bila kita meninggal dunia, badan kita akan menjadi lembut dan tidak menjadi keras dan busuk. Ini adalah kerana roh kita akan dapat balik ke syurga bersama dewa-dewi melalui Pintu Utama roh kita. Jikalau kita tidak menerima TAO, kita akan dibawa oleh pengawal-pengawal dari neraka untuk berjumpa dengan Yemen (raja neraka) untuk dibicarakan perbuatan kita semasa hidup di atas bumi.

 

(2)    Boleh mengelakkan diri daripada ditimpa bencana atau malapetaka (kemalangan).

Bila kita ditimpa bahaya, kita boleh menggunakan kesaktian Tiga Harta untuk menyelematkan diri sendiri, keluarga atau kawan-kawan kita. Kita akan dapat pertolongan dari Tuhan atau dewa-dewi dari bencana atau malapetaka. Sudah terdapat banyak kisah-kisah pengalaman �栞¦ª (pengamal TAO) yang membuktikan kesaktian Tiga Harta. 

 

(3)    Menenangkan hati yang gelisah atau tidak tenteram.

Apabila kita menggunakan Tiga Harta, kita sebenarya cuba berhubung dengan Tuhan dan hati rohani kita cuba bersatu dengan Tuhan. Semasa ini kita akan merasa ketenangan hati yang tenteram sekali seperti berada di syurga. Semua kegelisahan dan ketakutan akan hilang sama sekali.

 

(4)    Mengawal Perasaan dan Memperbaiki tingkah-laku.

Setelah menerima TAO, kita mesti memahami kebenaran TAO dan mengamalkan cara TAO. Ada terdapat berbagai-bagai rintangan dan godaaan di dalam dunia ini. Jikalau hati kita tidak tabah dan teguh, adalah senang untuk kita terjatuh kedalam perangkap-perangkap itu. Jadi, kita mesti selalu mengkaji serta mengamalkan cara TAO dan menggunakan Tiga Harta apabila perlu sahaja.

 

çµ鞱�

Disini saya mahu mengingati saudara-saudari sekali lagi, supaya jangan memberitahu rahsia Tiga Harta/Mustika kepada sesiapa pun. Kalau kita tidak boleh ingat, dipersilakan saudara-saudari balik ke ä½𥕦� untuk menghafal kembali ketiga-tiga harta ini. Kita juga mesti selalu bersyukur dan ingat kepada kurniaan Tuhan serta budi dan jasa-jasa kedua-dua guru, ���äº�, �滢ºº dan juga orang-orang dahulu daripada kita.

 

Sebelum saya mengakhiri ceramah ini, saya berdoa semoga kita semua selalu dilindungi Tuhan. Harapan saya semoga kamu semua berjaya dalam kehidupan dan didalam keadaan sihat-sihat selalu.

 

Jika terdapat kata-kata yang menyinggungkan dan apa-apa kesilapan dan kesalahan yang berlaku, saya memohon ampun dari Tuhan serta dewa-dewi yang suci dan juga meminta maaf daripada saudara-saudari sekalian.

 

Sekian terimakasih.